selamat datang..sila jenguk lagi ^_^

15 March 2011

Botol susu bayi - BPA & BPA Free bottles

dituliS oleh yanadzul
semalam heboh kat news tentang botol susu bayi kat malaysia..
gambar dari berita harian 


sekarang ni mcm² jenis dgn bentuk botol susu yang comel kat pasaran.. dan disebabkan ia cantik dan comel dengan color yang kiut miut.. kita yang kurang pengetahuan ni tentulah beli botol² untuk anak-anak kita..


dan sekarang yang kebanyakan ibu bekerja.. penggunaan botol adalah meluas..
kebanyakan botol susu adalah terdedah dengan bahaya Bisphenol A (BPA)
apa tu BPA??




info BPA
  • Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat 
  • Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi  
  • Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
  • Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
  • Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi. 
    • Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
    • Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca. 

    kajian yang dilakukan ke atas 159 jenis botol susu kat malaysia didapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram. 

    bahan BPA boleh boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.. demi kesihatan anak² tersayang.. kita diminta untuk menukar membeli botol susu anak yang bebas bahan BPA ikut kemampuan masing²..
    antara botol susu yang BPA Free (bebas BPA)
    MAM

    (nur damia batrisyia -my doter pakai botol MAM dari bayi)



    NUBY

     NUK

     DR.BROWN's


    MADELA

     THE FIRST YEARS

     EVENFLO

     
    BFREE PLUS



     WEEGo 


      BUMBLE BEE 



    LIFEFACTORY 
    serupa mcm botol weego

      KIDBASIX

    NurturePure



    MUNCHKIN

    PIGEON

    botol² di atas ada yang dibuat dari kaca dan harganya agak mahal, tapi untuk anak² tersayang.. mahal bukan ukuran bukan? tetapi kualiti yang lebih peting..

    saya pernah memenangi contest, dan pengalaman dulu guna botol susu pada anak sulung dan kenapa memilih botol yang bebas BPA..

    kerajaan malaysia Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dah putuskan mulai tahun 2012 utk mengharamkan terus botol² susu yang tiada kualiti (non BPA Free)..

    tapi persatuan pengguna Islam malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) desak kerajaan supaya terus mengharamkan penggunaan botol yang merbahaya pada anak² kita tu..

    jadi mulai harini, kita sebagai ibubapa kenalah alert tentang berita ni demi anak² tersayang.. supaya menggunakan botol susu bayi polikarbonat dengan mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.

    INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:

    • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
    • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
    • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
    • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
    • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
    • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

    kita antara negara yang terlewat untuk umumkan pengharaman botol susu yang merbahaya ni.. negara² seperti Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah telah lama mengambil tindakan mengharamkan botol susu BPA..

    kat mana nak beli botol susu bebas BPA / BPA free bottles?

    pasaran :
    hypermarket / supermarket
    kedai barangan bayi

    online :
    myBBstore
    Babyjaya
    Littlewhiz
    Babycare
    banyak lagi kot..

    6 komen ♥:

    mamalieyna said...

    thanks sharekan botol2 yg free BPA..huu~ kita ni terkdg termiss psl ni..sbb tergoda dgn botol yg nmpk comel..hu~

    afsal_8281 said...

    terima kasih byk2 yana sudi kongsikan maklumat ni

    jdnye botol yg dok guna la ni jenama pureen ke, anakku tu sume tak elok la ye..

    ¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

    @mamalieyna masa danish lahir dulu pn yana taktau apa² pasal bpa nih.. memang byk la koleksi botol susu kat rumah..

    lg satu danish ni masa dia lahir sampai ke umur sthn asik muntah ja.. tu yang asik tukar botol susu tu botol ni.. dgn brand susu skali

    masa adik dia plak yana guna botol mam sepenuhnya.. anti colic dan bpa free

    ¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

    @afsal_8281 botol² tu kalo nak sure tgk bawah botol tu kalo bawah 7 mcm 5 tu boleh pakai.. yg no tu bahaya skit..

    bukan tgk kat botol susu ja.. botol² air yang jenis straw tu sama..

    dulu yana pun guna anakku, pureen, bby kiko, kira apa yg ada kat pasaran.. yana rembat..

    Aleyn said...

    wow..a very detail info...thanks...

    Ps : Cam biasa, I dah klik u nyer Nuff, jom klik2 kay

    ❤ inscollection ® said...
    This comment has been removed by the author.

    syg makcik/pakcik kecik

     

    ¥ α Ŋ α Đ z µ £ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea